Jul 4, 2013

Bila Umur Jejak 20 Tahun??

Bila umur jejak 20 tahun.
Mesti orang/sedara/kawan-kawan.
Tanya bila nak kahwin?
Rimas. Bosan. Menyampah.
Takde soalan lain ker?
Bila kata lambat lagi.
Duk sibuk nak menjodohkan pulak.
Itu okay lagi.
Lagi satu,
Sibuk suh aku kahwin dengan BFF aku.
Motif??? 
Bukannya memilih.
Cuma belum jumpa yang sesuai.
Belajar daripada pengalaman yang lepas.
InshaAllah, adalah jodoh aku nanti.
Mungkin bukan sekarang.
Cari jodoh bukan macam cari baju.
Main ambil apa yang kita nak.
Kalau mereka nak kate aku,
Tak laku ke?
Takde orang nak ke?
Anak dara tua ke?
Apa-apalah...
Aku taknak amek kesah pun.
(Walaupun sebenarnya kecik hati).
Bukan mereka yang tanggung aku pun.
Cuma kesian dan sedih
Pada emak, ayah dan adik beradik.
Kerana mereka akan terkena tempiasnya.
Duduk di kampung.
Tak sama dengan bandar.
Sekali terkeluar cerita.
Gerenti satu kampung tahu.
Kepada makcik2, pakcik2, sedara2 sekalian.
Jangan risau.
InshaAllah.
Tak lama lagi.
Kad jemputan akan menyusul.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Thank You.. ;)

No comments:

Post a Comment