Jul 5, 2013

Kisah Sebagai Pengajaran Hidup..

Nak kongsi cerita.
Baru kenal seorang kakak ni.
Masa Site Office Meeting.
Sambil tunggu semua sampai.
Berkenalan dulu.
Tup tup...
Cerita pasal personal life dia.
Pasal dia dan balak dia.
Serius.
Kisah cinta yang sungguh menyedihkan.
Bercinta dah 5 tahun.
Sudah kenal hati budi masing2.
Suka duka dah lalui bersama.
Kursus kahwin pun buat bersama.
Tapi sayang...
Percintaan dihalang.
Kerana
Dia cantik.
Dia berkerjaya.
Dia pandai masak.
Dia peramah.
Dan hanya kerana semua itu,
Dia dibenci, dicaci dan difitnah.
Sehinggakan
Lelaki yang dia sayangi.
Lelaki yang dia cintai.
Lelaki yang dia percayai.
Lelaki yang telah berjanji ingin mengahwininya.
Berubah dalam sekelip mata.

Kata putus dilafazkan.
Hanya melalui telefon.
Tanpa alasan.
Tanpa penjelasan.
Disaksikan ahli keluarga lelaki.
Begitu memilukan.
Perpisahan dua kekasih.
Diraikan oleh gelak tawa sekeluarga.

Sakit.
Kecewa.
Sedih.
Terkilan.
Datang menemani.

Nekad di hati.
Inginkan penjelasan.
Dan kini,
Penjelasan berada di depan mata.
Lelaki yang dia kenali.
Tidak macam dulu.
Seolah-olah diganggu sesuatu.
Dan persoalan terbongkar.
Lelaki itu telah dijampi.
Oleh ahli keluarganya sendiri.

Dan kini,
Janji tinggal janji.
Harapan tinggal harapan.
Kenangan sentiasa dalam ingatan.
Namun,
Hidup masih perlu diteruskan.
Bersabarlah wahai hati.
InshaAllah,
Ada yang lebih baik untuk kamu nanti.

Thank You... ; )

Jul 4, 2013

Bila Umur Jejak 20 Tahun??

Bila umur jejak 20 tahun.
Mesti orang/sedara/kawan-kawan.
Tanya bila nak kahwin?
Rimas. Bosan. Menyampah.
Takde soalan lain ker?
Bila kata lambat lagi.
Duk sibuk nak menjodohkan pulak.
Itu okay lagi.
Lagi satu,
Sibuk suh aku kahwin dengan BFF aku.
Motif??? 
Bukannya memilih.
Cuma belum jumpa yang sesuai.
Belajar daripada pengalaman yang lepas.
InshaAllah, adalah jodoh aku nanti.
Mungkin bukan sekarang.
Cari jodoh bukan macam cari baju.
Main ambil apa yang kita nak.
Kalau mereka nak kate aku,
Tak laku ke?
Takde orang nak ke?
Anak dara tua ke?
Apa-apalah...
Aku taknak amek kesah pun.
(Walaupun sebenarnya kecik hati).
Bukan mereka yang tanggung aku pun.
Cuma kesian dan sedih
Pada emak, ayah dan adik beradik.
Kerana mereka akan terkena tempiasnya.
Duduk di kampung.
Tak sama dengan bandar.
Sekali terkeluar cerita.
Gerenti satu kampung tahu.
Kepada makcik2, pakcik2, sedara2 sekalian.
Jangan risau.
InshaAllah.
Tak lama lagi.
Kad jemputan akan menyusul.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Thank You.. ;)

May 30, 2013

2013 PUNYA CERITA ...

Last aku update blog bulan 4 tahun lepas dan sekarang aku update setahun selepas tue.. hahaha..  Lama gilos kan?? Actually, aku da lama x update blog sebab sebelum ni aku tak keje.. Kat umah xde laptop, nak pergi CC malaslah pulak..  So, sekarang ni baru ada masa tuk update blog.. 

Sepanjang tahun 2013, macam2 berlaku... Antaranya ialah WEDDING MY SISTER... Huh.. Macam2 kena buat... Maklumlah 1st time buat majlis perkahwinan, jadik macam2 kena uruskan.. My mum n my dad sampai pening kepala n x boleh tido sebab pikir pasal tue... Biasalah kan? Orang xde pengalaman... Alhamdulilah majlisnya berjalan lancar... Siap artis datang kau... Kau hado??? Hehe...

Aku pon da dapat kerja jugak.. Dekat area2 sini jugak.. Senang sikit duduk dengan mak ayah.. Kos sara hidup tak tinggi.. Gitu?? Hehehe... Naseb baik dapat bos okay... Sporting gilos... Yang penting kalau hujan boleh balik.. Xpayah keje.. Senangkan??? Keje ape tuh?? Pikirla sendiri....

Okayla.. Nanti esok2 aku update lagi yerrr.... Bye...

Apr 24, 2012

My Life Is A Long Journey...

As-Salam...

Lama x update blog kan? da dekat setahun.. huhu.. tapi apa pun, i'm back!! Hehehe..

Okay, disebabkan i dah lama x update story.. kalau x silap lepas praktikal kat RTM Jb ari tu kot.. So, i nak cite la sikit2 apa yang i buat, apa yg dah i capai, apa citer terbaru i dari tahun lepas sampailah sekarang..

Lepas habis praktikal kat RTM ari tu, i just stay kat kampung jaga adik bongsu i tu, Aleeya.. tapi sambil2 tu i cari la kerja.. maklumlah da habis belajar.. Masa tu, rasanya susah sangat nak cari kerja. Pengalaman takde. Setakat belajar tinggi2 tapi pengalaman xde pun susah gak kan? Try punya try, finally i dapat job kat Bandar Seri Alam, Masai. Jadik Production Clerk. Kerjanya ok je.. Biasala ada yang best dan ada yang x best. Kalau x silap, i kerja situ sebulan lebih je kot. tue pun, my sis asik desak2 suh cari kerja yang sebanding dgn kelulusan. Susah maa!!

Dalam hujung bulan 9, i konvo... Excited! 1st time konvo... I datang awal n tido dekat bilik adik i kat UKM. (Adik i un dapat sambung study kat UKM). Sehari sebelum konvo, I dengan kawan I pergi buat PRE-KONVO kat Pullman Lakeside, Putrajaya.. Best giloss...Tempat yang cantik... Masa hari konvo tu, macam biasa la sume family i datang.. Akak i dengan bf dia.. Bf i pun datang jugak.. (skrg dah jadik ex tuk kali kedua).. hehehe.. Happy dapat bunga bnyk... 

Seminggu selepas konvo, i datang KL sorg2 tuk cari kerja.. Cettt,, drive sorg2 tu... Kat KL i stay dengan my friend dari kampung i jugak.. Stay kat Kampung Melayu Subang.. Sampaila sekarang... Sekarang i kerja sebagai Office Administrator kat one company at Prima Damansara. I pun still single lagi.. ahahaha.. Mase mula2 dtg KL, adalah berkenalan dengan sorg mamat ni.. Hurm, ingat jodoh i dengan dia kuat tapi family dia x merestui.. So, terkandasla di tengah jalan lagi... Hehehe..

Pape pun, i happy with my life n my job.. hopefully, i dapat apa yang i nak.. Cett, i da senaraikan dah tau apa yang i nak.. hebat x? tapi x tahu bila la boleh tercapai... As Soon As Possible la kan... Oklah, tue je kot story i... Bubye...!!


May 24, 2011

I'M BACK !!!

Begitu lama aku x menulis blog... Seingat aku hari last aku update blog sebelum habis praktikal lagi.. Huhu... Anyway, i'm back!! Hehe... Da hampir 3 bulan aku mencari kerja tapi xda yang sangkut... Pape pun aku redha.. Maybe belum ade rezeki kot..

So, i just stay at home with my lovely sister, Aleeya... hehe.. kena jaga, mandikan, beri makan, n everythingla.. Dia sangat2 degil tau... xnak dengar kate.. tiap2 hari kena marah + pukul (pukul2 manje ok)... Dan kat rumah juga, tiap2 hari kena masak... Huh, penat tau.. dala x reti masak... Ayah asik marah je coz asik masak benda yang sama.. if aku rajin aku masakla.. kalau x rajin pegi umah atok n mintak makanan je... Simple kan..???? hehehe...

Da nama pun menganggur di rumah, so duit tarak masuk maa... Huh, tension!!! Seb bek my mum yang baik hati tuh bagi saya gaji sebab jage aleeya... Walaupun x bayak tapi lepasla tuk bayar duit broadband n topap.. Hehehe... Nak shopping pun xde duit.. If nak mintak pape kena la mintak dengan kakak kesayangan ku.. Ainjali... kihkihkih... tapi die kedekut.. Bagi2 memang bagi tapi banyak songel...

Okla, ayah da panggil tuh... Bye korang.....