Jul 5, 2013

Kisah Sebagai Pengajaran Hidup..

Nak kongsi cerita.
Baru kenal seorang kakak ni.
Masa Site Office Meeting.
Sambil tunggu semua sampai.
Berkenalan dulu.
Tup tup...
Cerita pasal personal life dia.
Pasal dia dan balak dia.
Serius.
Kisah cinta yang sungguh menyedihkan.
Bercinta dah 5 tahun.
Sudah kenal hati budi masing2.
Suka duka dah lalui bersama.
Kursus kahwin pun buat bersama.
Tapi sayang...
Percintaan dihalang.
Kerana
Dia cantik.
Dia berkerjaya.
Dia pandai masak.
Dia peramah.
Dan hanya kerana semua itu,
Dia dibenci, dicaci dan difitnah.
Sehinggakan
Lelaki yang dia sayangi.
Lelaki yang dia cintai.
Lelaki yang dia percayai.
Lelaki yang telah berjanji ingin mengahwininya.
Berubah dalam sekelip mata.

Kata putus dilafazkan.
Hanya melalui telefon.
Tanpa alasan.
Tanpa penjelasan.
Disaksikan ahli keluarga lelaki.
Begitu memilukan.
Perpisahan dua kekasih.
Diraikan oleh gelak tawa sekeluarga.

Sakit.
Kecewa.
Sedih.
Terkilan.
Datang menemani.

Nekad di hati.
Inginkan penjelasan.
Dan kini,
Penjelasan berada di depan mata.
Lelaki yang dia kenali.
Tidak macam dulu.
Seolah-olah diganggu sesuatu.
Dan persoalan terbongkar.
Lelaki itu telah dijampi.
Oleh ahli keluarganya sendiri.

Dan kini,
Janji tinggal janji.
Harapan tinggal harapan.
Kenangan sentiasa dalam ingatan.
Namun,
Hidup masih perlu diteruskan.
Bersabarlah wahai hati.
InshaAllah,
Ada yang lebih baik untuk kamu nanti.

Thank You... ; )

No comments:

Post a Comment